Tuesday, April 28, 2009

Selangor Dalam Asian Champions League

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca semua? Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka. Aku jamin bagi siapa-siapa yang menyokong pasukan Selangor mesti masih tersenyum lebar lagi kan? Mana tak nya, Selangor dah menang Piala FA 2009! Hahahaha! Dan bagi penyokong Manchester United lak, korang mesti ketawa bongkak kan? Yela, tatkala Spurs sudah seperti menggenggam kemenangan, dan Liverpool sangka mereka sudah berada ditakhta liga, M.U tiba-tiba bangkit dari ketinggalan dan akhirnya memperolehi kemenangan bergaya terhadap Spurs dengan jaringan 5-2...Hahaha! Berbaloi aku tak tido awal...

Ok, untuk hari ini, aku nak ceritakan tentang pencapaian terbaru pasukan bimbingan aku di dalam game FM2009 ni, tak lain tak bukan, Selangor Darul Ehsan!! Setelah berjaya bergelar Juara Liga Super, kini Selangor memperolehi tempat di dalam saingan Asian Champions League (ACL). Bangga gila aku, dah sekian lama aku tunggu untuk main dalam saingan ACL nih. Kalau korang nak tahu, ACL nih setaraf dengan UEFA Champions League, cumer ia dimainkan dalam lingkungan Asia jela, tu je beza nya. Tetapi, harus diingat, pasukan-pasukan dalam ACL ni semuanya hebat-hebat belaka. Cuak gak aku nak bertempur dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh asia ni. gambar bawah ni menunjukkan pertembungan pertama aku dengan pasukan dari Jepun iaitu Saitama UTD.
Aku memang rasa nervous giler masa lawan team ni. Yela, player diorang semua hebat tak ingat. Pastu player aku ni, taraf biasa-biasa je. Yang team Jepun ni, semua luar biasa. Tapi, tak semudah tu aku nak mengaku kalah. Berkat semangat juang yang tinggi dikalangan player aku dan taktik menarik yang ditampilkan oleh aku (bangga diri sket), pasukan aku mampu mengekang Saitama dari mengganas dan merobek kubu aku! Semua orang bajet Saitam akan menang mudah, tapi mintak maap ye, mintak maap, aku takkan memudahkannya walau sedikit pon. Selangor berjaya mendahului hasil jaringan Sumardi Hajalan. Masa Selangor lead tu, memang aku bangga gila weh. Unsangkarable langsung! Tapi panas ku sangkakan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Saitama berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Fumiaki Sasaki. Kat bawah ni dipaparkan result Selangor menentang Saitama.Walaupun berakhir dengan keputusan seri, aku tetap berbangga dengan keputusan ni. Di samping itu, kalau korang nak tau, Selangor juga telah memecahkan rekod penonton teramai yang datang ke stadium. Masa perlawanan ACL yang kedua di mana Selangor menentang PEA, seramai 68302 orang telah datang ke stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan ni. Terkejut aku dengan kehadiran yang sebegini ramai. Thanx la kat fans Selangor semua ye. Perlawanan menentang PEA ni sekali lagi berakhir ngan keputusan seri 1-1. Korang tak caya pasal rekod ni? Huh, ni buktinya!
Selain daripada itu, Selangor juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 14 perlawanan berturut-turut! Dan rekod ini juga dicatatkan dalam buku rekod Selangor! Sekali lagi, aku tak dapat mengawal kekembangan hidung aku beb. Hahaha! Nak bukti gak? Nah bukti!
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, segala cerita yang dipaparkan ialah mengenai kehebatan aku dalam memimpin dan menguruskan pasukan Selangor. Jadi orang macam aku yang sebenarnya layak menjadi Coach Malaysia! Hahaha! Sembang kencang giler aku nih... Takdelah, aku main-main je...Ok, aku harap korang semua berseronok la baca pasal artikel aku kali ni ye. Kita jumpa lagi di lain hari, Wassalam!

No comments:

Post a Comment