Tuesday, April 28, 2009

Selangor Dalam Asian Champions League

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca semua? Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka. Aku jamin bagi siapa-siapa yang menyokong pasukan Selangor mesti masih tersenyum lebar lagi kan? Mana tak nya, Selangor dah menang Piala FA 2009! Hahahaha! Dan bagi penyokong Manchester United lak, korang mesti ketawa bongkak kan? Yela, tatkala Spurs sudah seperti menggenggam kemenangan, dan Liverpool sangka mereka sudah berada ditakhta liga, M.U tiba-tiba bangkit dari ketinggalan dan akhirnya memperolehi kemenangan bergaya terhadap Spurs dengan jaringan 5-2...Hahaha! Berbaloi aku tak tido awal...

Ok, untuk hari ini, aku nak ceritakan tentang pencapaian terbaru pasukan bimbingan aku di dalam game FM2009 ni, tak lain tak bukan, Selangor Darul Ehsan!! Setelah berjaya bergelar Juara Liga Super, kini Selangor memperolehi tempat di dalam saingan Asian Champions League (ACL). Bangga gila aku, dah sekian lama aku tunggu untuk main dalam saingan ACL nih. Kalau korang nak tahu, ACL nih setaraf dengan UEFA Champions League, cumer ia dimainkan dalam lingkungan Asia jela, tu je beza nya. Tetapi, harus diingat, pasukan-pasukan dalam ACL ni semuanya hebat-hebat belaka. Cuak gak aku nak bertempur dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh asia ni. gambar bawah ni menunjukkan pertembungan pertama aku dengan pasukan dari Jepun iaitu Saitama UTD.
Aku memang rasa nervous giler masa lawan team ni. Yela, player diorang semua hebat tak ingat. Pastu player aku ni, taraf biasa-biasa je. Yang team Jepun ni, semua luar biasa. Tapi, tak semudah tu aku nak mengaku kalah. Berkat semangat juang yang tinggi dikalangan player aku dan taktik menarik yang ditampilkan oleh aku (bangga diri sket), pasukan aku mampu mengekang Saitama dari mengganas dan merobek kubu aku! Semua orang bajet Saitam akan menang mudah, tapi mintak maap ye, mintak maap, aku takkan memudahkannya walau sedikit pon. Selangor berjaya mendahului hasil jaringan Sumardi Hajalan. Masa Selangor lead tu, memang aku bangga gila weh. Unsangkarable langsung! Tapi panas ku sangkakan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Saitama berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Fumiaki Sasaki. Kat bawah ni dipaparkan result Selangor menentang Saitama.Walaupun berakhir dengan keputusan seri, aku tetap berbangga dengan keputusan ni. Di samping itu, kalau korang nak tau, Selangor juga telah memecahkan rekod penonton teramai yang datang ke stadium. Masa perlawanan ACL yang kedua di mana Selangor menentang PEA, seramai 68302 orang telah datang ke stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan ni. Terkejut aku dengan kehadiran yang sebegini ramai. Thanx la kat fans Selangor semua ye. Perlawanan menentang PEA ni sekali lagi berakhir ngan keputusan seri 1-1. Korang tak caya pasal rekod ni? Huh, ni buktinya!
Selain daripada itu, Selangor juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 14 perlawanan berturut-turut! Dan rekod ini juga dicatatkan dalam buku rekod Selangor! Sekali lagi, aku tak dapat mengawal kekembangan hidung aku beb. Hahaha! Nak bukti gak? Nah bukti!
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, segala cerita yang dipaparkan ialah mengenai kehebatan aku dalam memimpin dan menguruskan pasukan Selangor. Jadi orang macam aku yang sebenarnya layak menjadi Coach Malaysia! Hahaha! Sembang kencang giler aku nih... Takdelah, aku main-main je...Ok, aku harap korang semua berseronok la baca pasal artikel aku kali ni ye. Kita jumpa lagi di lain hari, Wassalam!

Sunday, April 26, 2009

Selangor Juara, Kelantan Bangga

Assalamualaikum kepada para pembaca semua. Harap-harap di pagi ahad yang indah ni korang semua buatlah benda yang berfaedah ye, jangan asek terbongkang je. Tolonlah apa-apa yang patut kat umah tu. Tolong mak masak ke, tolong abah korang potong rumput ke dan yang paling penting, tolonglah gosok gigi korang, bau longkang weh! Hahahaha!

So, berdasarkan tajuk di atas pon aku tau korang dah mengerti apa yang aku nak bagitau ni kan? Tanpa membuang masa, aku ingin mengumumkan, SELANGOR....JUARA PIALA FA 2009! Yahoooo! Tahniah kepada K.Devan dan anak-anak buahnya.

Apa yang aku nak perkatakan tentang game semalam ialah, selama 90 minit semalam apa yang dipaparkan oleh kedua-kedua pasukan adalah satupermainan yang membosankan! Letih aku tengok diorang main. Tapi, segalanya berubah apabila permainan masuk kedalam masa tambahan setelah 90 minit berakhir dengan keputusan seri.

Kelantan yang mula memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama. Jaringan tersebut dihasilkan oleh Nor Farhan Mohammad. Namun, Selangor masih tidak mengaku kalah, ketua pasukan Selangor menjadi penyelamat apabila tandukan Amri Yahyah menggegar gawang Kelantan yang akhirnya membawa kepada penentuan penalti.

Dan segalanya terjawab pada sepakan penalti dan akhirnya Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Namun begitu pujian harus diberikan kepada Kelantan kerana negeri Che Siti Wan Kembang itu akhirnya kembali bangkit dan kini menjadi antara pasukan yang digeruni dalam liga Malaysia.
Bagaimanapun aku nak ucapkan ucapan tahniah wat Selangor dan kepada Kelantan,good luck dalam perjuangan akan datang ye. Wassalam!

p/s: thanx kepada joy sebab jadi followers terbaru gua ye...

Friday, April 24, 2009

Selangor vs Kelantan. Siapa Akan Menang?

Assalamualaikum. Tengah dok diam-diam dalam bilik nih, skali baru aku teringat pasal pertembungan Selangor dengan Kelantan Sabtu nih bertarikh 25/4/09 dalam merebut Piala FA 2009. Kehangatannya semakin aku rasai beb, tu blom tambah kehangatan kat Seri Manjung ni. Hahahaha!
Sebelum menuju ke Piala FA 2009 nih, Selangor berjaya menundukkan Perlis dengan agregat 3-2. Manakala Kelantan berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 2-2, tetapi Kelantan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan
Jadi persoalannya di sini siapa yang akan menang, Selangor yang sekuat Gergasi Merah di kayangan?! Ataupun Kelantan yang di kenali sebagai Red Warrior?! Kalau korang tanya aku sape yang akan menang, buta-buta la aku jawab Selangor menang beb dengan keputusan 3-0. Hahaha! Tapi semuanya akan terjawab pabila berlangsungnya perlawanan pada ari Sabtu ni...So, saksikanlah kehebatan pasukan Selangor ye. Wassalam!!!

p/s: thanx kepada saudara ekhsan sebab sudi jadi followers aku...makasih bro!


Perkembngan Terkini

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita ye di pagi yang indah dan permai ni. Papehal pon aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada followers aku yang pertama iaitu cik kimmy kerana sudi meletakkan dirinya sebagai followers aku. Makasih! Hahaha!
Untuk hari ini aku nak update kan perkembangan terkini pasukan aku. Semenjak dua menjak ni, prestasi pasukan aku kurang memberangsangkan la. Kejap menang, kejap kalah, pastu kejap seri. Aku pon rasa bengang je men dengan prestasi cam nih. Tapi, itu semua tak melunturkan buluh dari rebungnya. Aku tetap akan berjuang untuk lonjakkan pasukan aku kembali.
Kat bawah ni aku sediakan beberapa paparan untuk korang:

1. Gambar di atas menunjukkan keputusan semasa pasukan aku. Liga Super musim 2011/2012 bermula pada 30/11/2011. Start dari situ korang boleh tengok prestasi pasukan aku macam sabut. Kejap timbul, kejap tenggelam. Jadi aku kene cuba mencari formula terbaik untuk mantapkan lagi prestasi pasukn aku ni.

2. Gambar seterusnya lak memaparkan keputusan pasukan aku menentang Pahang. Pasukan aku berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. Bangga kejap la aku. Masa nih player aku yang paling perform, Khyril Muhymeen Zambri ngan Safiq Rahim la.

3. Ha, gambar kat atas nih la kira 1 berita gembira wat aku la. Aku berjaya membeli Zaquan Adha dari Negeri Sembilan dengan harga RM200000 (mahal gak nih). Aku beli striker nih bukan apa, striker aku yang sedia ada cam hampeh la. Pastu banyak player muda je, pengalaman pon kurang lak tu. Aku harap pembelian Zaquan nih mampu mempertajamkan lagi serangan pasukan aku. Mintak sangat2 la.

Woh, aku rasa cukup la setakat ni aku ceritakan pasal pasukan aku nih, dan kepada para pembaca semua, harap korang bersabar menantikan berita terbaru dari aku ye. Skang aku nak gi kemas kini file mengajar aku untuk pengiktirafan ISO. Wassalam!!

Wednesday, April 22, 2009

Pengurusan Kelab

Assalamualaikum...Peh, pantas gak aku update blog aku nih...jangan cargas sementara dahla. Ok untuk kali ni, aku dah sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan korang semua. Kalau korang ada ape-ape idea yang korang nak kongsi bersama, korang komen la kat sini ye. Mana tau korang ada teknik terbaik nak menjadi manager terbagus...


1. Jadi ni lah profile peribadi aku secara ringkas dalam FM2009 ni. Gambar pon takde, bukan ape, aku takut muka ensem aku ni nanti digilai ramai oleh si gadis dan banyak lak yang histeria...Hahaha!


2. Gambar seterusnya lak menunjukkan pencapaian aku sepanjang aku menjadi manager untuk Selangor ni. Setakat ni aku dah menang 1 Piala Liga Super dan 4 jenis piala len aku dah menang. Aku pon tak pasti Piala FA bape banyak dan Piala Malaysia bape banyak...


3. Gambar ni pulak menunjukkan barisan pemain-pemain utama aku. Pemain aku yang paling bagus dalam ni ialah Safiq Rahim (MC), Amri Yahyah (MC/MR), Khyril Muhymeen Zambri (AML/R), Abdul Hadi Musa (DC), Amirul Hadi Zainal (MR) ngan Suffian Abdul Rahman (GK).


4. Gambar yang terakhir ni lak memaparkan formasi yang digunakan oleh aku untuk mengemudi pasukan Selangor ni. Formasi nih jelas menunjukkan permainan yang defensive, tapi formasi ni jugak mampu membuatkan pasukan Selangor menguasai permainan dan membuat serangan yang berbisa serta menghasilkan gol yang banyak...

So, setakat tu jela perkembangan terkini aku berkenaan penglibatan aku dalam permainan ni. Selama ni aku tak minat nak main langsung, tapi ntah macam ner terbuka pintu hati ni nak men game nih...Hahaha! Jadi, pada korang semua, nantikanlah update yang akan datang ye. Wassalam.

Tibalah masanya...

So, aku rasa dah tiba dah masa untuk aku mempopularkan team dalam Malaysia dalam game Football Manager 2009. Aku tengok, dalam internet ni penuh dengan citer football manager team eropah je. Jadi aku nak jadi starter la bagi team negeri dalam Malaysia nih.

So, disebabkan aku ni penyokong kuat pasukan Selangor, dah tentu aku akan memilih Selangor sebagai pasukan aku. Aku dah mula main dari tahun lepas lagi. Tapi baru arini aku nak stat wat blog pasal ni. Skang team Selangor aku tengah main dalam musim 2011/2012 dalam liga super.

Pada musim ini, team aku banyak dibarisi oleh pemain-pemain muda. So ada sket kecelaruan la pasal pemain muda aku ni kurang pengalaman la. Semalam aku men kena bedal ngan Selangor PKNS 2-0. Mengamuk fans aku. Hahaha! Tapi nak wat camner, dah kalah kan. Tapi lepas tu aku bedal Kelantan 2-0 lak. Huh, dapat gak aku tebus kekalahan aku yang lalu.

Wat masa nih aku tak dapat nak update la gambar-gambar yang berkaitan dengan team Selangor aku ni. So, korang tunggu ye berita terkini yang kan diupdate oleh aku.