Monday, November 8, 2010

Manager Terbaik

Akhirnya, berjaya juga aku meletakkan diri sebagai Manager Terbaik untuk bulan Februari 2010. Tahniah kepada diriku sendiri. Hahaha!


Tuesday, November 2, 2010

Kedudukan Semasa

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi dalam entri terbaru aku. Untuk kali ini aku nak paparkan perjalanan pasukan Tottenham Hotspurs di bawah pimpinan aku ni. Sekarang, kami berada di tangga kedua, betul-betul di bawah Chelsea. Selepas 23 perlawanan, kami memperolehi 48 mata, 5 mata berbeza berbanding Chelsea. Ek eleh, 5 mata je, tak jauh mana dah pun. Tak lama lagi nanti aku kejar balik woi. Pihak media UK pun tak sangka yang aku mampu untuk sampai ke tangga ke-2 liga. Diorang syak aku boleh sampai pertengahan liga saja. Tapi minta maaf ye, aku bukan jenis cepat menyerah kalah. Dengan penggunaan taktik, teknik dan strategi yang betul, aku berjaya pimpin Spurs ke tempat yang sepatutnya.

Aku rasa, cukup untuk aku berlagak sampai di sini saja, ada masa, aku tepek lagi gambar-gambar terbaru. Dan mungkin juga aku akan letak taktik apa yang aku gunakan untuk pimpin Spurs ni. Wassalam.