Sunday, April 26, 2009

Selangor Juara, Kelantan Bangga

Assalamualaikum kepada para pembaca semua. Harap-harap di pagi ahad yang indah ni korang semua buatlah benda yang berfaedah ye, jangan asek terbongkang je. Tolonlah apa-apa yang patut kat umah tu. Tolong mak masak ke, tolong abah korang potong rumput ke dan yang paling penting, tolonglah gosok gigi korang, bau longkang weh! Hahahaha!

So, berdasarkan tajuk di atas pon aku tau korang dah mengerti apa yang aku nak bagitau ni kan? Tanpa membuang masa, aku ingin mengumumkan, SELANGOR....JUARA PIALA FA 2009! Yahoooo! Tahniah kepada K.Devan dan anak-anak buahnya.

Apa yang aku nak perkatakan tentang game semalam ialah, selama 90 minit semalam apa yang dipaparkan oleh kedua-kedua pasukan adalah satupermainan yang membosankan! Letih aku tengok diorang main. Tapi, segalanya berubah apabila permainan masuk kedalam masa tambahan setelah 90 minit berakhir dengan keputusan seri.

Kelantan yang mula memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama. Jaringan tersebut dihasilkan oleh Nor Farhan Mohammad. Namun, Selangor masih tidak mengaku kalah, ketua pasukan Selangor menjadi penyelamat apabila tandukan Amri Yahyah menggegar gawang Kelantan yang akhirnya membawa kepada penentuan penalti.

Dan segalanya terjawab pada sepakan penalti dan akhirnya Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Namun begitu pujian harus diberikan kepada Kelantan kerana negeri Che Siti Wan Kembang itu akhirnya kembali bangkit dan kini menjadi antara pasukan yang digeruni dalam liga Malaysia.
Bagaimanapun aku nak ucapkan ucapan tahniah wat Selangor dan kepada Kelantan,good luck dalam perjuangan akan datang ye. Wassalam!

p/s: thanx kepada joy sebab jadi followers terbaru gua ye...

No comments:

Post a Comment