Monday, November 8, 2010

Manager Terbaik

Akhirnya, berjaya juga aku meletakkan diri sebagai Manager Terbaik untuk bulan Februari 2010. Tahniah kepada diriku sendiri. Hahaha!


Tuesday, November 2, 2010

Kedudukan Semasa

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi dalam entri terbaru aku. Untuk kali ini aku nak paparkan perjalanan pasukan Tottenham Hotspurs di bawah pimpinan aku ni. Sekarang, kami berada di tangga kedua, betul-betul di bawah Chelsea. Selepas 23 perlawanan, kami memperolehi 48 mata, 5 mata berbeza berbanding Chelsea. Ek eleh, 5 mata je, tak jauh mana dah pun. Tak lama lagi nanti aku kejar balik woi. Pihak media UK pun tak sangka yang aku mampu untuk sampai ke tangga ke-2 liga. Diorang syak aku boleh sampai pertengahan liga saja. Tapi minta maaf ye, aku bukan jenis cepat menyerah kalah. Dengan penggunaan taktik, teknik dan strategi yang betul, aku berjaya pimpin Spurs ke tempat yang sepatutnya.

Aku rasa, cukup untuk aku berlagak sampai di sini saja, ada masa, aku tepek lagi gambar-gambar terbaru. Dan mungkin juga aku akan letak taktik apa yang aku gunakan untuk pimpin Spurs ni. Wassalam.


Thursday, October 28, 2010

Jangkaan Juara

Orait, kita bertemu lagi dalam entri terbaru aku. Sebagai makluman semua, aku telah memilih Tottenham Hotspurs sebagai pasukan pilihan aku. Kenapa kelab ni yang aku pilih? Sebabnya, aku teringin sangat nak tengok kelab ni menang Liga Perdana Inggeris. Kalau pilih Manchester United (team faveret aku), bosan lak tengok diorang selalu menang, jadi, aku pilih la team ni.

Dalam entri ni aku nak bagitau yang aku menjangkakan untuk memenangi piala Liga Perdana Inggeris ini. Diharap, aku dapat mencapai impian ini. Come on bebeh!

Thursday, October 21, 2010

FM 2010; Kini Kembali Lagi

Orait. Ni aku buat comeback balik. Dah lama tak main menatang ni. Kali ni aku tak pilih Selangor dah. Aku berhijrah ke luar negara lak. Ke liga yang paling popular di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris. Team pilihan aku lak ialah Tottenham Hotspurs. Walaupun aku minat gila dengan Man United, tapi kena buat anjakan paradigma gak. Lagipun M.U dah selalu sangat menang piala, jadi, kali ni aku nak bawak Spurs lak memegang takhta liga. Maka, dengan ini secara rasminya aku akan memulakan permainan FM2010 sebagai manager Spurs dengan nama Ahmad Durrah. Sweet bukan?