Friday, April 24, 2009

Perkembngan Terkini

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita ye di pagi yang indah dan permai ni. Papehal pon aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada followers aku yang pertama iaitu cik kimmy kerana sudi meletakkan dirinya sebagai followers aku. Makasih! Hahaha!
Untuk hari ini aku nak update kan perkembangan terkini pasukan aku. Semenjak dua menjak ni, prestasi pasukan aku kurang memberangsangkan la. Kejap menang, kejap kalah, pastu kejap seri. Aku pon rasa bengang je men dengan prestasi cam nih. Tapi, itu semua tak melunturkan buluh dari rebungnya. Aku tetap akan berjuang untuk lonjakkan pasukan aku kembali.
Kat bawah ni aku sediakan beberapa paparan untuk korang:

1. Gambar di atas menunjukkan keputusan semasa pasukan aku. Liga Super musim 2011/2012 bermula pada 30/11/2011. Start dari situ korang boleh tengok prestasi pasukan aku macam sabut. Kejap timbul, kejap tenggelam. Jadi aku kene cuba mencari formula terbaik untuk mantapkan lagi prestasi pasukn aku ni.

2. Gambar seterusnya lak memaparkan keputusan pasukan aku menentang Pahang. Pasukan aku berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. Bangga kejap la aku. Masa nih player aku yang paling perform, Khyril Muhymeen Zambri ngan Safiq Rahim la.

3. Ha, gambar kat atas nih la kira 1 berita gembira wat aku la. Aku berjaya membeli Zaquan Adha dari Negeri Sembilan dengan harga RM200000 (mahal gak nih). Aku beli striker nih bukan apa, striker aku yang sedia ada cam hampeh la. Pastu banyak player muda je, pengalaman pon kurang lak tu. Aku harap pembelian Zaquan nih mampu mempertajamkan lagi serangan pasukan aku. Mintak sangat2 la.

Woh, aku rasa cukup la setakat ni aku ceritakan pasal pasukan aku nih, dan kepada para pembaca semua, harap korang bersabar menantikan berita terbaru dari aku ye. Skang aku nak gi kemas kini file mengajar aku untuk pengiktirafan ISO. Wassalam!!

No comments:

Post a Comment