Thursday, May 14, 2009

Misi Memburu Piala Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar pembaca semua? Aku harap korang semua sihat sentiasa la hendaknya. Sori kepada para pembaca sebab lama tak update. Bukan malas nak update, tapi aku betul-betul takde masa nak update. Banyak keje yang nak disetelkan. Mesti korang semua ternanti-nantikan berita terbaru dari aku kan?(ke aku perasan sendiri?hahaha...)

So, tanpa membuang masa aku akan teruskan ke berita terbaru tentang perkembangan terkini pasukan Selangor bimbingan aku nih. Sekarang, aku tengah bimbing pasukan Selangor dalam memburu Piala Malaysia. Setakat nih pasukan aku bermula dengan baik dan telah memenangi 2 perlawanan di dalam peringkat kumpulan dan aku juga telah membeli 2 pemain baru untuk memantapkan lagi barisan pasukan aku. Pemain baru tersebut bernama Arumugam Abd Rahman dan Marcus Dora. Pemain nih aku beli dua-dua dari pasukan negeri Kedah. Tapi player ni kalau korang cari dalam Malaysia yang realitinya, memang takkan jumpa la, sebab nama pon pelik giler! Hahaha! Yang Arumugam nih main di posisi penyerang dan Marcus ni main di posisi Defensive Midfielder dan dikatakan bahawa si Marcus ni adalah pengganti Shukor Adan.

Jadi setakat tu jela perkembangan terkini pasukan aku. Sori la tak sempat letak gambar. Dan sekali lagi aku mintak maaf la sebab terlambat update. Jumpa lagi semua, wassalam!

No comments:

Post a Comment