Friday, May 22, 2009

Selangor Juara Liga Super

Assalamualaikum. Peh rasa dah lama tak menaip kat blog nih. Sibuk sangat aku. Tanda tugasan student aku, wat keje sampingan di samping usaha menguruskan badan. Hahaha! Yela, aku skang memiliki berat badan yang tak sepatutnya, jadi kenela kuruskan balik supaya dapat badan cam aku kat u dulu. Taf tu dulu badan aku. Hahaha. Ok, untuk kali ni, aku nak ceritakan beberapa cerita bangga tentang pasukan bimbingan aku.

Untuk Liga Super musim 2011/2012, pasukan aku telah dinobatkan sebagai juara liga super. Musim kali ni memang mencabar la. Aku leading 1 mata je. Bawah aku lak pasukan Negeri Sembilan. Nek seram aku bler pencabar aku ni bersungguh-sungguh nak kejar aku. Masa men game pon aku asek terlompat-lompat je takut team aku terlepas peluang.

Di samping memenangi Liga Super, player dalam team aku pon ada menerima beberapa anugerah termasuk la diri aku sendiri. So, korang tengok kat bawah ni ye...1. Ok, gambar di atas menunjukkan aku telah dipilih sebagai pengurus terbaik pada musim ni. Dua musim berturut-turut tu. Bangga tak bangga la aku. Ni menunjukkan aku ni memang ada stail pengurus yang berkaliber. Bole fight dengan Alex Ferguson. Hahaha!
2. Gambar seterusnya lak menunjukkan pemain pertahanan aku iaitu Razman Roslan telah dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik musim 2011/2012. Satu pencapaian yang cukup membanggakan aku sebagai manager.
3. Gambar yang kat atas ni lak menunjukkan seorang lagi player aku iaitu Safiq Rahim telah dipilih sebagai pemain tengah terbaik musim ini. Aku kompem lepas ni mesti ramai nak dapatkan khidmat dia. Jangan harap aku nak jual!

So, aku rasa stakat tu jela perkembangan terkini pasukan aku. Skang aku nak kuar gi karaoke jap. Lama tak melalak nih. Wassalam!

No comments:

Post a Comment