Sunday, May 17, 2009

Manchester United Juara Lagi!


Assalamualaikum. Yang penting bagi salam dulu pastu baru nyanyi...

Glory glory man united Glory glory man united Glory glory man united
As the reds go marching on on on!

Yaaa..Itu dia nyanyian yang paling bersemangat dari aku walaupun tak dapat didengari oleh korang sumer. Hahaha! Akhirnya, pasukan peberet aku (Selangor pasukan peberet tempatan aku,jangan samakan ye) yakni Manchester United akhirnya berjaya menggondol Piala Liga Inggeris buat kali ke 3 berturut-turut... Tahniah kepada pakcik Alex Ferguson dan anak-anak buahnya...

Kalau korang nak tau (kalau nak tau la,taknak tau gi bukak blog len), aku sampi menahan kuncilan aku untuk menonton game menentang Arsengal semalam. Mana taknye, game semalam cukup mencemaskan. Kadang-kadang aku pon tergeliat manje dek kerana kecuaian barisan pertahanan M.U. Lebih-lebih lagi masa saat Fabregoof melepaskan rembatan yang terkena tiang gol... Itu kalau masuk, huh, mau kene tunggu lagi la aku.

Tapi M.U pon tetap melancarkan serangan. Dengan menggunakan kuasa kaki lincahnya, Ronaldo seperti biasa tetap mengelirukan lawan. Sampai tergolek-golek la sape yang cuba mendekatinya. Cumer aku harap mamat nih tak pindah la ke Real Makcik, bukan ada kelebihan pon dok sane. Sang Tevez pula turut menonjolkan lariannya yang tiada hala tuju dan panduan itu.

Saat-saat yang aku nantikan dan boleh menyebabkan aku kene batu karang telah tiba, iaitu pada saat pengadil meniup wisel penamat dan diiringi larian anak -anak aku ke toilet akibat kegembiraan yang tak terhingga kerana M.U berjaya menggondol Piala Liga Inggeris dengan gahnya walaupon berakhir dengan keputusan seri 0-0...

Sejurus meraikan detik kegembiraan itu, aku terus mengirimkan SMS kepada geng-geng ehoza yang menyokong liverfool. Tapi aku hanya mampu hantar SMS kepada 2 orang je sebab 2 no ni je aku ada. Penerima bertuah tersebut ialah Antagenaiz dan Spark...SMS aku bertaip sebegini rupe...

"Lu pesan kat benitez, xyah men dah baki game yang ada,xde makna dah...hahaha"

Yang balas SMS aku ni, Anta sorang je...Spark lak diam seribu bahasa, mungkin kerna terlalu kecewa dia gi terjun Sungai Klang kot. Hahaha! Aku tinggal takde no Race je, kalau ada mesti dah sama-sama seiringan terjun ngan Spark. Hahaha!

Ok lah, cukuplah sampai sini aku mengomel, sori terpesong tajuk sket arini. Bukan apa, gembira sangat M.U menang. Wassalam...

4 comments:

  1. ya2...truskan menyokong m.u dan truskan membakar penyokong pasukan liverfool ye...hahaha!

    ReplyDelete
  2. wei G, wa dah sms lu brape kali lu x save2 no gua ke? lu mmg dasar devil laa wakakakaka...

    dah tu mlm tu lepas setan seri ngan meriam pun aku dah sms lg wish congrats... dah tu ko balas...

    " tkasih, tp sape si pengirim sms ni ye? "

    cam hareemmm la lu ... wakakakakaka

    ReplyDelete
  3. la...
    itu lu ke bro?
    gua ingat ostad...
    sebab gua tak sangka lu bagi sms macam tu...
    nampak skema je bunyinye...
    hahaha!

    ReplyDelete