Sunday, August 2, 2009

Selangor Juara Liga Super Buat Pertama Kali.

Peh. Lama gila aku tak buat posting kat sini. Boleh kecik hati blog aku yang satu ni. Mana taknya, dok leka je dengan blog yang lagi satu tu.

Ok, aku cuma nak sampaikan satu berita yang sukup menyeronokkan aku. Kalau tak buat korang seronok, aku kisah apa. Hahaha! Walaupun posting aku ni terlewat seminggu dari tarikh berita yang dikeluarkan, aku tetap nak sampaikan berita ni. Yela, manalah tau kot kot ada di kalangan korang yang jenis baca blog je, tapi tak baca suratkhabar langsung.

Kali aku nak ceritakan tentang kejayaan pasukan kegemaran aku. Bukan dalam FM2009, tapi ni yang realiti punya. Sebagai anak jati Selangor, aku memang bangga dengan berita ni. Untuk pengetahauan semua, pasukan Selangor Darul Ehsan telah memenangi Piala Liga Super buat pertama kali pada tahun 2009 ini.

Pasukan Selangor yang real ni memang tampak hebat dari awal musim lagi. Ramai pasukan memang cukup gerun dengan pasukan yang juga dikenali dengan nama Gergasi Merah ini. Berkat kesungguhan pemain pemain pasukan ini, terutama ketua pasukan Selangor iaitu, Amri Yahyah, mereka berjaya menggondol piala ini buat pertama kalinya.

Apa apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Selangor sebab berjaya menjadi juara Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Harap harap lepas ni, boleh kasi menang lak Piala Malaysia. Good luck untuk pasukan Selangor Darul Ehsan!


Gambar sumbangan dari laman web KOSMO!


No comments:

Post a Comment