FM2010: Versi Bahasa Melayu
Monday, November 8, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Kedudukan Semasa
Assalamualaikum. Kita bertemu lagi dalam entri terbaru aku. Untuk kali ini aku nak paparkan perjalanan pasukan Tottenham Hotspurs di bawah pimpinan aku ni. Sekarang, kami berada di tangga kedua, betul-betul di bawah Chelsea. Selepas 23 perlawanan, kami memperolehi 48 mata, 5 mata berbeza berbanding Chelsea. Ek eleh, 5 mata je, tak jauh mana dah pun. Tak lama lagi nanti aku kejar balik woi. Pihak media UK pun tak sangka yang aku mampu untuk sampai ke tangga ke-2 liga. Diorang syak aku boleh sampai pertengahan liga saja. Tapi minta maaf ye, aku bukan jenis cepat menyerah kalah. Dengan penggunaan taktik, teknik dan strategi yang betul, aku berjaya pimpin Spurs ke tempat yang sepatutnya.
Aku rasa, cukup untuk aku berlagak sampai di sini saja, ada masa, aku tepek lagi gambar-gambar terbaru. Dan mungkin juga aku akan letak taktik apa yang aku gunakan untuk pimpin Spurs ni. Wassalam.

Thursday, October 28, 2010
Jangkaan Juara
Orait, kita bertemu lagi dalam entri terbaru aku. Sebagai makluman semua, aku telah memilih Tottenham Hotspurs sebagai pasukan pilihan aku. Kenapa kelab ni yang aku pilih? Sebabnya, aku teringin sangat nak tengok kelab ni menang Liga Perdana Inggeris. Kalau pilih Manchester United (team faveret aku), bosan lak tengok diorang selalu menang, jadi, aku pilih la team ni.
Dalam entri ni aku nak bagitau yang aku menjangkakan untuk memenangi piala Liga Perdana Inggeris ini. Diharap, aku dapat mencapai impian ini. Come on bebeh!

Thursday, October 21, 2010
FM 2010; Kini Kembali Lagi
Orait. Ni aku buat comeback balik. Dah lama tak main menatang ni. Kali ni aku tak pilih Selangor dah. Aku berhijrah ke luar negara lak. Ke liga yang paling popular di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris. Team pilihan aku lak ialah Tottenham Hotspurs. Walaupun aku minat gila dengan Man United, tapi kena buat anjakan paradigma gak. Lagipun M.U dah selalu sangat menang piala, jadi, kali ni aku nak bawak Spurs lak memegang takhta liga. Maka, dengan ini secara rasminya aku akan memulakan permainan FM2010 sebagai manager Spurs dengan nama Ahmad Durrah. Sweet bukan?
Sunday, August 2, 2009
Selangor Juara Liga Super Buat Pertama Kali.
Peh. Lama gila aku tak buat posting kat sini. Boleh kecik hati blog aku yang satu ni. Mana taknya, dok leka je dengan blog yang lagi satu tu.
Ok, aku cuma nak sampaikan satu berita yang sukup menyeronokkan aku. Kalau tak buat korang seronok, aku kisah apa. Hahaha! Walaupun posting aku ni terlewat seminggu dari tarikh berita yang dikeluarkan, aku tetap nak sampaikan berita ni. Yela, manalah tau kot kot ada di kalangan korang yang jenis baca blog je, tapi tak baca suratkhabar langsung.
Kali aku nak ceritakan tentang kejayaan pasukan kegemaran aku. Bukan dalam FM2009, tapi ni yang realiti punya. Sebagai anak jati Selangor, aku memang bangga dengan berita ni. Untuk pengetahauan semua, pasukan Selangor Darul Ehsan telah memenangi Piala Liga Super buat pertama kali pada tahun 2009 ini.
Pasukan Selangor yang real ni memang tampak hebat dari awal musim lagi. Ramai pasukan memang cukup gerun dengan pasukan yang juga dikenali dengan nama Gergasi Merah ini. Berkat kesungguhan pemain pemain pasukan ini, terutama ketua pasukan Selangor iaitu, Amri Yahyah, mereka berjaya menggondol piala ini buat pertama kalinya.
Apa apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Selangor sebab berjaya menjadi juara Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Harap harap lepas ni, boleh kasi menang lak Piala Malaysia. Good luck untuk pasukan Selangor Darul Ehsan!
Gambar sumbangan dari laman web KOSMO!

Monday, June 22, 2009
Selangor Juara Piala Malaysia 2 Tahun Berturut Turut
Assalamualaikum. Malam malam macam ni, aku nak sembang banyak pun tak guna. Tapi, aku nak tunjukkan pada korang semua bahawasanya, pasukan Selangor yang dibimbing oleh aku telah berjaya menjuarai Piala Malaysia sebanyak 2 kali berturut turut. Satu pada tahun 2011, dan lagi satu pada tahun 2012. Hebat dan kencang tak aku? Lepas ni aku target nak buat hattrick lak. Kalau korang tak percaya, ni aku bagi bukti sekali.
Ini berita kemenangan aku ke atas Pahang. Team aku nyaris nyaris kalah dalam penalti. Mujur tuah berpihak pada pasukan aku. Memang tuah betul!
Bukti team aku menang dua kali berturut turut. Amacam, korang puas hati tak?

Lepas ni aku target nak kekalkan kejuaraan Liga Super lak. Aku pun tengah beli star star baru untuk mantapkan team aku. Jadi, korang tunggu jela perkembangan terkini dari aku. Hah, lagi satu. Selangor baru je offer kontrak kat aku dengan gaji RM2300 sebulan. Aku mintak RM2500, tapi tak bagi lak. Setia punya pasal, aku terima jela. Jumpa lagi dimasa akan datang. Wassalam.
Thursday, June 4, 2009
Hadiah Kepada Pembaca Pembaca Aku.
Assalamualaikum...
Papehal pon aku nak mintak maaf banyak banyak ye sebab dah lama tak update blog ni. Bukan apa, aku dah lama tak main FM2009 sebab terlalu sibuk dengan kerja kat IKM tu. Pastu sekarang tengah sibuk membelajarkan diri kat KPTM Bangi ni. Memang tak dan nak main, apatah lagi nak jenguk jenguk. Jadi tak dapat la aku memberi perkembangan terkini tentang pasukan Selangor aku.
Walaubagaimanapun, kat sini aku nak bagi hadiah kat korang yang selalu mengikuti perkembangan blog ini. Di sebalik kesibukan aku bekerja, sempat lagi aku membina sebuah lagi blog yang lebih berkisar berat ke arah kehidupan aku. Bahasa yang aku gunakan mungkin agak sedikit keras, tapi santai dan sedap mata membaca. Citer panjang tak guna, korang masuklah blog terbaru aku ni ye. Klik sini.
Sekali lagi aku nak mintak maaf atas kelewatan ini dan aku janji, sebaik saja aku dapat perkembangan terkini tentang pasukan aku, aku akan update cepat cepat kat sini walaupun mungkin aku akan sakit atau sembelit. Demi korang aku sanggup. Ok, jumpa lagi di lain waktu, wassalam...

Subscribe to:
Posts (Atom)